Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Ramadan kembali lagi dan Alhamdulillah diberi kesempatan utk menikmati Ramadhan bg kali ke 29, Insya Allah, berdoa dgn rahmatNya kita menjadi manusia yg lebih baik dari sebelumnya.
Pagi Ramadhan kedua, membuka hati dan minda, sepanjang 4 tahun ni hidup seakan didalam kesedihan yg tidak berpenghujung, diri seakan tenggelam didalam kepedihan dan kesakitan akibat dikhianati oleh orang yang pernah disayangi dan kawan sendiri. Namun selepas hati mula terbuka untuk mencuba lg, sekali hati hati yg masih retak tetapi sudah mampu utk bercantum dipecahkan dan di hancurkan sehingga menjadi debu.
Pagi ini, terfikir sampai bila mahu terus hanyut dlm kesedihan yg berpanjangan, menyeksa diri dan batin utk terus menderita. Betapa diri ini berlaku tidak adil kepada hati, roh, dan jasad, membawa mereka kepada penderitaan. Kebahagian didalam tangan sendiri. Penghormatan dan maruah diri juga ditangan sendiri. Rasanya sudah sampai masanya utk diri, hati dan jasad mendapat penghormatan mereka, mendapat kebahagian mereka dan mendapat maruah mereka.
Sudah sampai masa utk terus melangkah, Allah sentiasa ada bersamaku. Aku serahkan diriku kepada Allah untuk menentukan apa yg terbaik buat diriku. Semoga ada hikmah disebalik semua dugaan yg aku terima, semoga aku kuat dan tabah utk teruskan hidup ini. Bila didalam kegembiraan kita lupa berdoa dan mengucap syukur kepada Allah, Allah memberikan ujian kepada kita kerana Allah rindukan tangisan taubat daripada kita, Allah rindukan Solat dan Doa drpd kita, Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Allah memberi dugaan ini kerana diri ini sudah jauh daripadaNya.
Insya Allah, diri ini akan sentiasa bersangka baik dgn Allah. Diri ini bersyukur masih ada Mak, Abah, adik2 dan kwn2 yg masih bersama dikala suka dan duka, masih ada rezeki diatas meja mkn, masih ada rumah untuk berteduh. Kutitipkan doa yg terbaik utk kami dan org2 disekeliling kami. Insya Allah.
Ya Allah, jauhkanlah aku dari sifat kufur nikmat, bantulah aku sentiasa mensyukuri setiap apa yg aku ada dan miliki. Amin
Wednesday, 10 July 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)


