Xpasti boleh ceria mcm dulu semula, dah penat hidup dlm keadaan plastik ni..Gembira diluar dlm hati penuh kepedihan..
Baru2 ni terasa diri amat bodoh sekali, sampai xtau harus menangis atau ketawa sbb kebodohan itu.. Selama setahun memperbodohkan diri sendiri, menutup mata drpd kebenaran. Akhirnya diri sendiri yang merana.. memang betul bila kita bina kebahagiaan atas pernderitaan org lain, kita akan rasa pernderitaan itu sendiri, Satu jari kita tunding pada org, 4 jari akan tunding pada diri sendiri..
Perkara paling bodoh, bila baru sedar pengorbanan yang kita lakukan tidak dihargai, perasaan yang kita rasa tidak sebesar perasaan yang kita harapkan dari pihak lagi satu. Selama ini baru sedar, diri dipergunakan. Hati ini xsanggup melihat org yg disayangi susah, namun bila kita dlm keadaan susah, org yg kita syg hanya mampu melihat tidak mahu membantu sedangkan dia mampu.. Pilihan ditangan dia, kita xblh memaksa. Pedih diperlakukan sebegitu bukan sekali tp berkali2, pengalaman lalu masih tidak dpt mengajar hati ini bila rasa sayang dan cinta mengabui pemikiran.
Orang yang bodoh melakukan perkara yang sama berulang kali tp mengharapkan hasil yang berbeza. Hati ini buta membuat penilaian, Akhirnya aku sendiri yang terluka. Berapa lama hati ini mahu bertahan sedangkan terlalu banyak luka, terlalu banyak derita? Mengapa kaki ini masih enggan melangkah, kenapa tangan masih enggan lepaskan pegangan sedangkan hati sarat dgn kepedihan dan kesedihan..



No comments:
Post a Comment