Photobucket

Wednesday, 30 November 2011

Kenangan..♥ ♥ ♥




Tak tau kenapa time hujung2 tahun ni mesti jiwang terlebih, maybe sebab musim hujan kot.. mula la buat keje2 bodoh n bengong mcm buka album dolu2 kala..so ini la hasilnya bila dh buka album lama..

Teringat zaman cinta xingat dunia dulu, so sweet..mmg terawang-awangan laa..rasa mcm fairy tale pun ada gak..tp apa boleh buat dh xde jodoh, terima je la hakikat..
Walaupn pedih tu masih terasa tp rasa syg, cinta n rindu tetap ada dalam hati..Still pakai hadiah yg pertama "si dia" bg masa mula2 kenal, even nmpk mcm bodoh2 tp ttp gigih pakai even xkena dgn baju..hahahhaa

btw, my ex-hubby, i miss u so much, no one could ever make me love him like i did for u.. i love you with every beat of my heart..(bapak jiwang karak aku nih)


The wrong person always comes at the right time and the right person always comes at the wrong time.

Monday, 28 November 2011

I`m DONE :(

Susah bila hati mula sygkan sumone tp org yg kita mula syg tu xdpt jd milik kita.
Walau pedih terpaksa terima hakikat tiada yg pasti ttg hidup ini.
Terlalu byk yg aku temui dan terlalu byk yg aku ketahui..semakin lama buat aku semakin berputus asa. Mungkin ini yg terbaik.. apa pun aku doakan yg terbaik untuk dia.

Tuesday, 8 November 2011

Kenapa lelaki tidak MENGHUBUNGI anda?

Mereka hanya suka meluangkan masa bersama wanita- Tidak semestinya apabila seseorang lelaki meluangkan masa bersama, bermakna mereka telah jatuh hati pada anda. Sebahagian lelaki gemar untuk meluangkan masa bersama wanita hanya untuk melupakan kebosanan mereka sebentar. Apabila mereka sudah sibuk untuk melakukan tugasan kerja, pasti agak sukar untuk mereka mengingati anda.
Untuk menunjukkan ‘kemachoan’ mereka sebagai lelaki- Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda. Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai ‘kemachoan’ sebagai seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar dan pasti mereka akan menghubungi anda.
Mereka tidak berminat terhadap anda- Mungkin seseorang lelaki keluar bersama anda hanya untuk mengenali anda dengan lebih mendalam lagi. Apabila anda tidak memenuhi ciri-ciri yang mereka idamkan, pasti mereka tidak bersemangat untuk terus menghubungi anda. Ia pasti amat menyedihkan bagi seorang wanita yang melaluinya. Lelaki sepatutnya tidak memperlakukan mereka seperti ini. Sebaiknya teruskan perhubungan walaupun hanya sebagai kawan. Jangan tunjukkan perubahan yang mendadak kerana ia mampu untuk mengguris hati mereka.
Mereka hilang no anda- Peratus terhadap masalah ini terjadi adalah amat sedikit tetapi ianya tidak mustahil. Wanita sepatutnya tidak mengharapkan usaha dari lelaki sahaja. Mereka juga perlu memainkan peranan untuk memikat lelaki tersebut. Cuba hubungi mereka semula dan tanyakan masalah yang mungkin mereka hadapi. Berkemungkinan  apa yang anda usahakan akan menghasilkan satu kebahagian dalam hidup anda.
Mereka tidak sepenuhnya bersikap jujur- Masalah ini juga berkemungkinan salah satu punca terbesar sekiranya mereka tidak menghubungi anda. Mungkin mereka masih mempunyai rahsia yang sedang cuba disembunyikan. Apabila berdekatan dengan anda, mereka akan meluangkan bersama, tetapi apabila mereka sudah berjauhan, mereka mempunyai perancangan yang lain pula. Wanita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap lelaki seperti ini.

diburu atau pemburu cinta???

Andainya kamu mahukan perhubungan berkekalan ingatlah jangan terlalu suka’menyerah’ . Biarlah sesekali dia menjadi cemburu cintamu.
Jarang yang kita temui kasih sayang sejati yang seimbang. Adakalanya si gadis yang tergila-gilakan si lelaki begitu juga sebaliknya. Hakikatnya cinta salah seorang itu lebih mendalam. Kita sering dibisikkan bahawa cinta adalah kombinasi dua hati dan kasih sayang yang sama-sama berkongsi segalanya. Tapi cuba lihat sekelilingmu atau dirimu sendiri. Apakah kamu bertemu dengan pasangan yang sedemikian? Kebanyakan perhubungan lebih tertumpu kepada sebelah pihak sahaja terutamanya di awal pertemuan. Alangkah bagusnya jika si dia yang lebih mencintai kamu dari kamu mencintainya.
Terlalu banyak memberi
Andainya kamu yang lebih mencintainya tentu kamu sanggup melakukan apa sahaja. Lihat sahaja cinta wanita yang diagung-agungkan dalam filem. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan lelaki yang dicintai. Ada yang sanggup meninggalkan harta, pangkat serta darjat keluarga demi seorang lelaki. Begitu besarnya kuasa cinta!
Menurut pakar psikologi, wanita, bila bercinta bukan sahaja memberikan hatinya tetapi perasaan dan jiwa raga. Seluruh jiwa dan raga serta tumpuannya hanya untuk orang yang dicintainya. Biar apa sahaja tohmahan atau sikap buruk si lelaki, baginya semua itu hanyalah omongan kosong orang-orang yang dengki. Baginya si dia langsung tiada cacat cela. Hanya satu sahaja dalam hidupnya iaitu untuk memenangi hati orang yang disukai. Kiranya hanya dia yang bersungguh sebenarnya dia akan kehilangan banyak perkara. Hidup jadi tak keruan. Pasti tiada teman sejati, hobi atau minat tertentu kerana seluruh hidupnya tertumpu kepada si dia.
Si lelaki pula lain halnya. Biasanya mereka lebih pandai mengagih-agihkan ruang hidup membuatkan ia tidak meninggalkan sebarang kesan buat mereka. Lagipun ia sesuatu yang bagus bagi mereka kerana mereka tidaklah “take for granted”.
Cinta yang seimbang
Kiranya si lelaki lebih mencintai pasangannya dan si gadis pula kurang memberi perhatian, pasti hubungan cinta mereka lebih meriah. Kes Mandy misalnya hingga kini masih lagi tercari-cari cinta sejati. “Sebenarnya bukan saya tak sedar, agaknya saya sering jatuh cinta pada orang yang salah. Mulanya dengan Mie. Setiap hari sanggup bertunggu tangga di rumah Mie. Hinggakan tiap saat saya memikirkan apakah yang dilakukan olehnya dan adakalanya saya tak boleh tidur. Fikiran terganggu dan terbawa-bawa ke pejabat. Setiap pagi saya menjemputnya dan menelefonnya setiap satu jam. Hati ini sentiasa bimbang kalau tak mendengar suaranya. Apakah dia keluar dengan orang lain? Gerak hati saya memang benar bila suatu malam saya tunggu depan rumahnya hingga jam tiga pagi. Memang benar dalam masa yang sama dia mempunyai seorang lagi teman wanita. Dalam kegelapan malam mengintipnya itu secara tak langsung saya tersedar dan berkata pada diri, mengapa saya harus jadi begini? Apa istimewanya hinggakan saya bagaikan orang gila. Sanggup menunggu dalam gelap semata-mata kononnya kerana cinta. Lepas tu terus saya memandu balik rumah. Sejak hari itu saya berjanji pada diri bahawa saya tak kan berterusan begini. Tak ada apa yang kurangnya kalau dia berlalu dari hidup saya. Selama inipun banyak duit saya habis kerananya. Tak berbaloi menunggu cintanya lagi.
Bila saya kenal dengan Zul saya tak ingin mengulangi semua perkara yang pernah saya lakukan dengan bekas teman lelaki saya. Awal lagi dah saya katakan, biarlah perhubungan kami sekadar teman biasa sahaja. Memang saya serik dan dah malas nak menaruh harapan. Biarlah apa yang jadi, jadi lah. Bila dia ajak saya bercuti, awal-awal lagi saya kata mesti tempah bilik yang berlainan. Saya tahu kalau begitu cepat bersamanya nanti saya akan kehilangan harga diri.”
Kini tibalah giliran Zul pula yang memainkan peranannya untuk memenangi hati Mandy. Selepas itu barulah mereka menjadi pasangan namun Mandy tetap dengan pegangannya, tidak mahu menunjukkan dia jatuh hati pada Zul terlalu awal. Bagi menambat hati Mandy, pelbagai perkara Zul lakukan.
“Saya ni bukanlah kejam sangat tetapi saya mahu meneruskan hidup sendiri dan adakalanya keluar bersama teman-teman. Biarlah saya mempunyai agenda hidup sendiri. Kini saya tak mahu lagi hidup dibelenggu dan saya bahagia dengan cara ini. Apa yang saya lakukan hanya untuk diri sendiri dan tak perlu lagi memikirkan perasaan orang lain.”
Nampaknya Zul pun selesa dengan situasi begini. Ia membuatkan dia sentiasa mempunyai cabaran.
Jangan terlalu mudah
Menurut pakar psikologi, sesebuah perhubungan akan lebih berjalan lancar kiranya lelaki yang memulakan dahulu perhubungan tersebut. Ini adalah fenomena natural. Biarpun ia lebih konservertif tetapi berkesan.
Kebanyakan wanita sering membuat kehidupan lelaki selesa. Ini menjadikan dia langsung tak payah berjuang bagi mendapatkan kamu. Bila kamu jatuh cinta, kamu sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Bukan sahaja kamu ingin membuatkannya bahagia tapi ada juga segelintir yang keterlaluan dan mengharapkan si dia bergantung sepenuhnya kepadamu. Semua ini akan menyebabkan kita sibuk tak menentu dalam cubaan untuk memenangi hatinya. Bagaimana ye……..kiranya kamu benar-benar mencintai si dia dan mahukan perhubungan tersebut berjalan lancar? Jawapannya mudah sahaja kamu harus menyimpan sesuatu untuk kamu kerana kiranya teriadi sesuatu yang tak diingini kamu boleh bangkit semula. Jangan biarkan duniamu hanya diselubungi olehnya. Cuba bernafas sendiri.
Kamu harus punya keyakinan diri dan boleh hidup tanpanya. Biarlah kamu dengan minat dan aktiviti tersendiri dan tidak terlalu bergantung harap kepadanya. Jangan sesekali jadikan dia keutamaan dalam hidupmu. Tak perlulah kamu lakukan perkara yang tidak kamu sukai semata-mata inginkan dia dekat denganmu. Sebenarnya lelaki jarang bersikap demikian melainkan jika dia mempunyai alasan tertentu.
Biar dia meneka dalam kesamaran
Apakah kamu terlalu berkira? Tidak sebenarnya kamu adalah seorang yang realistik. Lelaki akan menunjukkan sikap terbaik ketika cuba menggodamu. Silapnya wanita juga kerana mereka ingatkan sikap itu akan berterusan. Ketika cuba menggoda dia benar-benar mahu kelihatan terbaik. Dia akan cuba sedaya upaya kerana dia mahukan kamu. Apa yang perlu kamu lakukan ialah pastikan sikap itu tidak berakhir ketika cubaan memikat sahaja.
Agar kasih sayang berpanjangan, kamu harus mengenepikan dahulu semua impian romatik yang dipendam. Diana seorang yang berjaya tetapi selalu kecewa dalam bercinta. Ketika dia bercinta dengan Hisyam selama empat tahun perhubungan mereka Diana tidak pernah jemu dan sentiasa berharap Hisyam juga akan menyayanginya sebagainya sayangnya pada Hisyam.
Tak pernah sekalipun dia lokek dan sering membelikan hadiah-hadiah mahal untuk Hisyam, menghantar kad dan telegram, sanggup membantu menaipLan kertas kerja dan assignment dan menjadi pemandu untuk buah hatinya. Tapi sayang satu pun tak dihargai. Jenuh kawan-kawan menasihatinya, buat apa tunggu lagi dengan Hisyam sedangkan pengorbanannya sedikitpun tak dihargai. Cuma Diana sahaja yang terhegeh-hegeh menunggu. Saat paling memalukan Diana ialah ketika Hisyam dengan tenangkan membuat pengumuman pada teman-teman bahawa dia akan berkahwin tapi bukan dengan Diana sebaliknya dengan buah hatinya yang lain. Tergamam Diana seketika. Tak dapat langsung dia menerima hakikat itu.
Peristiwa tersebut benar-benar menyedihkannya. Malu dia mahu berjumpa dengan semua orang dan lebih baik dia berkurung sahaja di rumah. Jenuh juga teman-teman memujuk dan mengajaknya keluar tapi semuanya tak berhasil. Akhirnya setelah lebih dari tiga bulan memerap barulah dia berjaya menerima hakikat itu.
“Bila mengenangkan kembali perhubungan kami, rasanya memanglah saya rasa kehilangan kerana selama ini dia yang membuat semua keputusan. Bila dia berlalu dari hidup saya, gila sekejap. Saya tahu hidup ini harus diteruskan. Kini saya sedar kalau mahu mencari pasangan pun biarlah dia seorang yang bertanggungiawab dan boleh dipercayai serta paling penting dia menyayangi saya sepenuhnya. Sekarang ni bila ada yang ingin berkenalan dengan saya, pasti saya tidak terburu-buru dan biarkan dia yang melakukan cubaan memikat.
Buat apa kita yang bersusah payah berusaha untuk memenangi hatinya? Buang masa sahaja kalau dia dah tak suka apa yang dilakukan tak akan berjaya juga. Lebih baik cari seseorang yang menyayangi kita. Lagipun lelaki kan tercipta untuk wanita jadi biarlah mereka yang lakukan tugas pikat memikat dan dirimu pula dipikat. Itu lah cabaran bagi mereka!.